Akaun urusduitbisnes.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes

Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes
SAMPAI BILA NAK BIARKAN MASALAH DUIT BISNES
TAK DIURUS  DAN  MERUGIKAN ?


Duit antara penyebab sesuatu bisnes itu berjaya atau terlingkup. Jika duit bisnes tidak diurus dengan baik, mungkin boleh menyusahkan anda dimasa akan datang. Dan menjadi punca berlakunya situasi seperti :

  • TAK nampak untung walaupun banyak jualan
  • TAK mampu nak kembangkan bisnes
  • TAK mampu nak upah pekerja
  • LAMBAT bayar gaji staff
  • TAK dapat nak bagi bonus tahunan / kenaikan gaji
  • Terpaksa TUTUP bisnes
  • Tambah HUTANG / MODAL supaya dapat teruskan bisnes
  • BERGADUH dengan rakan kongsi
  • Dan macam-macam lagi masalah boleh berlaku disebabkan duit.


Walaupun anda hanya menjalankan bisnes secara kecil-kecilan, anda tetap perlu urus duit bisnes anda. Supaya mempunyai maklumat tertentu untuk anda menilai kesannya dan dapat merancang kepada yang lebih baik di masa akan datang. Disitulah permulaan anda untuk mengembangkan lagi perniagaan ke tahap seterusnya.

Saya faham..

Untuk melakukannya agak leceh dan memerlukan pengetahuan dalam perakaunan atau pengurusan kewangan. Dan kebanyakkan sistem dijual pada harga yang agak mahal atau perlu melanggan setiap bulan. Lebih-lebih lagi ketika masih berada dalam fasa baru bermula yang mana tentunya mahu mengurangkan kos dan terpaksa melakukan sendiri pelbagai kerja-kerja pengurusan.


Tetapi..

Alhamdulillah, saya berjaya menyediakan satu sistem khas yang MUDAH lagi MURAH  menggunakan Microsoft Excel (ME). Yang hampir setanding dengan sistem mahal diluar sana bagi membolehkan anda mengurus duit bisnes dengan lebih baik. Dan mudah-mudahan dapat membantu anda mencapai matlamat yang diinginkan, Insyaallah. Iaitu dengan menggunakan template 'Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes' atau nama singkatannya ialah SMART.




Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes (SMART)

Kini Versi 1.2

(Halaman Utama SMART)


Sistem SMART sesuai untuk pelbagai jenis bisnes sama ada bisnes barangan atau perkhidmatan. Ia direka khas untuk bisnes kecil dan sederhana. Melalui sistem SMART ini, anda hanya perlu lakukan 4 langkah mudah sahaja untuk mula mengurus duit bisnes. iaitu :-


  1. Lengkapkan maklumat bisnes anda seperti pendapatan, overhead, ansuran pinjaman dan sebagainya.
  2. Rancang pendapatan & perbelanjaan anda dalam belanjawan (bajet).
  3. Rekod setiap transaksi duit keluar dan masuk mengikut bulan semasa.
  4. Rekod jumlah / baki urusniaga pada setiap akhir bulan dan akhir tahun (jika ada).


Dari 4 mudah ini, anda sudah dapat melihat beberapa laporan penting seperti aliran tunai bulanan, pendapatan, perbelanjaan, hutang, nilai aset, untung rugi dan sebagainya yang dihasilkan secara AUTOMATIK. Sekaligus akan mudahkan anda untuk urus duit bisnes dan dapat buat keputusan dengan lebih bijak untuk masa akan datang. Anda boleh :

  • Lihat  POTENSI  bisnes
  • PANTAU  aliran tunai
  • KESAN  masalah / risiko lebih awal
  • RANCANG  &  KAWAL  perbelanjaan untuk elak kerugian (besar / berterusan)
  • KURANGKAN  kos
  • AGIHKAN  dividen keuntungan & simpanan perniagaan
  • TAMBAH  keuntungan
  • URUS  hutang & aset
  • Dan sebagainya




Antara fungsi-fungsi Menarik Sistem SMART


REKOD DUIT KELUAR MASUK DENGAN MUDAH


Tiada debit kredit. Anda hanya perlu pilih ruang transaksi aliran tunai masuk atau keluar pada bulan tersebut. Kemudian masukkan tarikh transaksi, pilih jenis kategori / akaun urusniaga beserta butirannya dan masukkan amaun transaksi. Anda boleh melihat jumlah aliran tunai masuk dan keluar beserta baki tunai dan tunai bersih yang diperolehi bagi bulan tersebut. 

Secara tidak langsung dapat memudahkan anda untuk mengurus dan mengawal aliran tunai semasa supaya dapat mencapai objektif bulanan kewangan bisnes.



LAPORAN JUMLAH SEMASA, ALIRAN TUNAI & BAKI URUSNIAGA


Dengan hanya merekod pada aliran tunai, akhir bulan dan akhir tahun, anda sudah boleh melihat laporan yang disediakan secara automatik dalam akaun utama seperti jumlah yang PERLU dibayar / diterima, jumlah yang SUDAH dibayar / diterima dan jumlah baki yang BELUM dibayar / diterima. Kerana adakalanya pembayaran atau penerimaan berlaku bukan dalam bulan urusniaga tersebut.

Ini dapat memudahkan anda melihat rekod terkini urusniaga bagi memantau dan mengurus kewangan dengan lebih cepat dan cekap berdasarkan situasi semasa perniagaan.


KIRAAN AUTOMATIK BAKI PINJAMAN & FAEDAH ANSURAN


Adalah sangat penting untuk anda mengetahui baki semasa hutang pinjaman dan faedah bulanan sekiranya ada membuat pinjaman. Supaya anda dapat mengawal dan mengurus hutang syarikat dengan bijak disamping meningkatkan pertumbuhan perniagaan. Dalam sistem SMART ini, anda hanya perlu isi maklumat seperti jumlah pinjaman, tarikh terima, ansuran bulanan, tempoh pinjaman dan kadar faedah tahunan yang dikenakan. Sistem akan membuat kiraan faedah dan baki pokok yang belum dibayar secara automatik.

Setiap bayaran balik ansuran bulanan yang direkodkan dalam aliran tunai juga akan diasingkan jumlah faedah dan pokok pinjaman secara automatik dalam laporan kewangan.



KIRAAN AUTOMATIK SUSUT NILAI ASET TETAP


Bagi aset-aset tetap yang mempunyai susut nilai, sistem akan mengira jumlah susut nilai tahunan dan bulanan secara automatik dan akan direkod pada laporan untung rugi berdasarkan tarikh diperolehi, kos aset dan anggaran jangka hayat aset melalui kaedah garis lurus (straight line). Dan ini dapat membantu memberi kesedaran awal kepada anda mengenai keadaan dan kemampuan aset bagi membuat persediaan yang sebaiknya. 



LAPORAN AKAUN EKUITI PEMILIK / PEKONGSI


Sebagai pemilik syarikat / perniagaan, tentunya anda juga ingin mengetahui status pulangan dari modal yang telah dilaburkan. Ia dapat memberi gambaran tentang nilai sesebuah syarikat / perniagaan yang anda usahakan. Bagi anda yang menjalankan perniagaan secara perkongsian, fungsi ini sudah tentu sangat diperlukan supaya dapat mengelakkan salah faham sesama rakan kongsi yang sering berlaku pada usahawan kecil dan baru.



KIRAAN AUTOMATIK PROFIT SHARING


Menjalankan perniagaan secara perkongsian atau usahasama sangatlah digalakkan terutama bagi usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan. Sistem SMART menyediakan kemudahan fungsi pembahagian keuntungan dengan hanya perlu menetapkan jumlah peratus perkongsian yang telah ditentukan untuk memperolehi bahagian keuntungan bersama rakan kongsi secara automatik. 



AGIHAN & BAYARAN DIVIDEN


Rasanya fungsi agihan dividen ini yang paling menarik :). Untuk memastikan perniagaan anda dapat terus berkembang, anda tidak sepatutnya mengambil kesemua keuntungan bisnes yang diperolehi. Anda perlu tentukan jumlah dividen yang sesuai untuk diambil atau diagihkan bersama rakan kongsi. Dan sistem akan agihkan dividen mengikut jumlah peratus yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat ambilan, sistem juga akan tolak siap-siap jumlah ambilan tersebut.

Dan jumlah bersih adalah jumlah yang perlu dibayar kepada pemilik / pekongsi. Tak perlu lagi gaduh-gaduh. Manakala baki selebihnya dapat digunakan untuk membangunkan lagi perniagaan. Atau mungkin boleh menjadi dana kecemasan untuk perkara-perkara diluar jangkaan.



LAPORAN KEWANGAN AUTOMATIK


Inilah perkara yang sangat diperlukan dalam perniagaan iaitu laporan kewangan. Supaya anda boleh mengetahui kedudukan semasa kewangan syarikat, untung rugi perniagaan, kekuatan aliran tunai dan sebagainya. Dalam masa yang sama boleh membantu anda menilai prestasi, potensi, risiko dan kemampuan perniagaan dalam membuat sebarang perancangan atau keputusan penting untuk masa depan perniagaan dan syarikat.  

Sistem akan menyediakan laporan kewangan seperti aliran tunai, untung rugi, status kewangan secara automatik dari aktiviri urusniaga yang direkodkan dalam Aliran Tunai, Akhir Bulan dan Akhir Tahun.



CARTA & RATIO PRESTASI KEWANGAN


Terdapat juga laporan carta dan ratio bagi memberikan gambaran mudah mengenai kedudukan kewangan syarikat dan prestasi perniagaan.



RANCANG PENDAPATAN & PERBELANJAAN DALAM BAJET


SMART versi terbaru menyediakan fungsi rancangan kewangan / belanjawan untuk melihat jarak perbezaan bajet dengan urusniaga sebenar. Dalam perniagaan, anda bukan sahaja perlu menetapkan sasaran jualan, tetapi perbelanjaan juga perlu diberi perhatian. Ini kerana sasaran jualan belum tentu dapat dicapai setiap masa, berbeza dengan perbelanjaan yang boleh diurus dan dikawal. Supaya tidak melebihi dari had yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kerugian atau bertujuan untuk meningkatkan profit margin

Anda boleh memberi perhatian khusus pada sesuatu jumlah perbelanjaan tertentu seperti belanja langsung, overhead dan kos jualan. Dan anda juga boleh mengubahnya mengikut keadaan semasa.


Masih tak jelas dan tak yakin dengan kualiti
sistem SMART ?

Lihat video ringkas contoh penggunaan SMART



Dengan adanya data, rekod dan laporan kewangan dari template SMART ini, anda mampu mengurus duit bisnes dengan lebih terancang dan teratur untuk mencapai objektif perniagaan seperti memaksimumkan keuntungan, meminimumkan kos, menguruskan aset dan memastikan aliran tunai dapat memenuhi visi dan matlamat syarikat.


LAIN-LAIN KELEBIHAN SISTEM SMART

  • Menggunakan microsoft excel (kebanyakkan komputer menyediakan software ini)
  • Pengurusan kewangan untuk 12 bulan
  • Disediakan dalam bahasa melayu
  • Sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan
  • Panduan ringkas untuk pemula turut disediakan
  • Tiada langganan bulanan (Sekali bayar sahaja)
  • Boleh guna untuk lebih dari 1 bisnes dan berkali-kali
  • Bantuan sokongan berterusan
  • Dapat update versi terbaru secara PERCUMA (Excel)


Jika anda buat bayaran hari ini, saya nak bagi..
PERCUMA TEMPLATE KALKULATOR KIRA-KIRA BISNES (KKB)



Walaupun diberi percuma, ia sangat-sangat bernilai bagi anda yang baru hendak bermula. Anda boleh mengira kos setup bisnes, kos beli bahan / produk, kos jualan produk, titik pulang modal dan sebagainya. Dapatkan sistem SMART hari ini pada harga tawaran yang sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki.



HARGA PENGENALAN : RM2 0  (TAMAT)
HARGA TAWARAN HARI INI : RM3 0 sahaja
HARGA SEBENAR : RM60
Harga akan dinaikkan lagi apabila terdapat kemaskini terbaru & penambahbaikan versi dibuat. :)




MASIH ADA PERTANYAAN?